Bahan - bahan seperti berikut .

1 - 2 cawan tepung beras. **
2 - 4 sudu besar tepung gandum. **
3 - 4 sudu besar tepung jagong. **
4 - 1/2 sudu kecil garam.
5 - 1 cawan gula.
6 - 4 cawan santan.
7 - 1 1/2 cawan santan pekat.
8 - 2 1/2 cawan air.
9 - Sedikit pewarna merah perisa ros.
- bahan yang bertanda ** diayak bersama.


Adunan dibahagi kepada tiga warna . 

Lapisan warna pertama . 

Lapisan / masukkan warna yang ke dua . 

Lapisan warna ke tiga hingga selesai dan sedia untuk di kukus . 


Cara - cara membuat seperti di bawah .


1 - Panaskan pengukus dan sediakan loyang yang di alas plastik .
2 - Masukkan santan dalam periuk dan panaskan sebentar biar jadi suam - suam kuku .
3 - Masukkan tepung yang di ayak tadi bersama gula dan garam ke dalam mangkuk , kemudian tuangkan santan ke dalam tepung . Gaul rata hingga tidak berbintal .
4 - Bahagikan adunan kepada 2 bahagian , 1 bahagian letak warna dan 1 bahagian lagi biarkan plain ( putih ).
5 - Masukkan loyang dalam kukusan dan tuangkan 200ml adunan plain , kukus selama 5 minit . Kemudian tuang 200ml adunan warna merah kukus lagi 5 minit . Ulangi proses lapis melapis hingga habis adunan .
6 - Untuk lapisan yang terakhir kukus selama 30 minit atau hingga masak.

    Selamat mencuba .