Assalamualaikum dan Salam Mesra | Resepi seterusnya yang ingin di kongsikan dalam coretan cerita kami iaitu resepi sambal udang geragau ianya tersangat-sangat bersesuaian dengan tema resepi pilihan coretan cerita kami kerana  mudah jimat bajet tapi sedap,bahan-bahan senang serta mudah didapati dan murah.


Resepi sambal udang geragau ini diambil daripada resepi masyarakat melayu Kelantan,almaklumlah coretan cerita kami pun berasal dari sana cuma menetap di Kuala Lumpur.Resepi sambal ini telah di ubah sedikit mengikut citarasa kami,resepi ini pada asalnya hanya menggunakan udang geragau dan mangga tetapi kami tambah ikan rebus untuk mendapatkan rasa yang lebih enak .....pergh !!!sedap.

Resepi sambal ini sangat sedap serta enak dihidangkan sebagai menu sampingan yang dimakan bersama ulam-ulam seperti buah kerdas,buah petai,timun atau mengikut citarasa masing-masing.Apa pun jom mari kita tengok bahan-bahannya serta cara-cara membuatnya.

Bahan - bahan seperti gambar di atas .

Segenggam udang geragau yang sudah dicuci bersih. 

Ulaman yang sesuai dengan sambal udang geragau iaitu buah kerdas atau mengikut selera .

Bahan-bahan seperti berikut:

  • 1 - 2 biji mangga muda kecil.
  • 2 - Segenggam udang geragau.
  • 3 - 1 ekor isi ikan rebus - Kalau boleh ikan selayang -
  • 4 - 5 biji cili padi.
  • 5 - 1 biji cili merah.
  • 6 - 1 sudu garam - Ikut citarasa -
  • 7 - 1 biji limau kasturi.

    Cara-cara membuat seperti berikut:

    • 1 - Rendam dan cuci bersih udang geragau dan perah kering.
    • 2 - Cincang halus mangga muda dan ketepikan.
    • 3 - Masukkan garam,cili padi,cili merah dan tumbuk hingga lumat.
    • 4 - Kemudian masukkan udang geragau dan ikan rebus dan tumbuk lagi.
    • 5 - Akhir sekali baru masukkan mangga muda dan tumbuk manja sambil di lenyek-lenyek rata.
    • 6 - Ok sudah siap.
    • 7 - Perahkan limau kasturi sewaktu hendak makan.Pergh!!!terangkat.....

      Selesai cara-cara membuat bersertakan bahan-bahan yang semestinya senang dan juga bahan-bahan yang mudah serta murah didapati .Pada semua dipersilakan mencuba ,jika tidak memcuba manalah tahu rasanya....pergh!!!sedap.Moga-moga bermanfaat resepi sambal udang geragau.