Assalamualaikum dan Salam Mesra | Ikan puyu , ikan haruan , ikan keli , ikan talapia , ikan patin , ikan sepat serta banyak lagi jenis - jenis ikan air tawar jika hendak dihitungkira . Sememangnya kami yakin seyakinnya ramai yang menyukai / memakan ikan air tawar .

Lagi berselera jika kena dengan menu masakkan yang dimasak sebagai contohnya ikan patin masak tempoyak atau ikan puyu bakar ... PERGH ! meleleh air liur .

Meskipun apa jenis menu masakkan ikan air tawar yang hendak dimasak jika kita tidak tahu atau kurang arif cara - cara membersihnya kami pasti menu masakkan tersebut hilang aroma keenakkannya atau berbau hanyir .

Bak kata orang - orang lama garam - gula , masam - manis semua tip - top !!! tiba - tiba masa menikmati terhidu bau hanyir ikan ....!!! cuba bayangkan jika ini terjadi .

Oleh yang demikian untuk mengelakkan situasi ini berlaku kami kongsikan cara - cara hilangkan bau hanyir ikan air tawar sebagai garis panduan/amalan buat kita semua ,cara - caranya sepertimana yang tertera di bawah :

Air beras . 
Semasa membasuh beras untuk memasak nasi , seeloknya simpan air basuhan beras untuk di guna membersih ikan . Cara - caranya , masukkan ikan yang telah disiang/bersih ke dalam bekas kemudian masukkan air basuhan beras tadi , selepas itu ikan tadi diramas lembut di dalam bekas yang berisi air basuhan beras tadi , biarkan selama 15 hingga 20 minit . Akhir sekali basuh ikan tadi dengan yang bersih . 

Limau nipis/kasturi . 
Cara - caranya , perahkan air limau nipis ke dalam bekas yang berisi ikan yang telah disiang/dibersih . Rendam 20-30 minit dan cuci ikan dengan air sehingga bersih . 

Daun jambu batu . 
Ambil beberapa helai daun jambu batu . Gaul dan ramaskan daun tersebut bersama air dan gaulkan dengan ikan yang telah disiang/bersih . Kemudian cuci ikan tadi dengan air yang bersih . 

Daun pisang . 
Ambil sedikit daun pisang dan masukkan ke dalam bekas yang berisi ikan yang telah disiang/bersih . Lalu ramas dan cuci ikan dengan air sehingga bersih . 

Asam jawa . 
Cara - caranya , masukkan ikan yang telah disiang/bersih kedalam bekas dan direndamkan dengan air asam jawa 20 minit atau mengikut kehendak masing - masing . 

Untuk menu masakan gorengan sesuai bagi semua jenis ikan air tawar .
Cara - caranya , ambil sebiji limau nipis dan dipotong kepada beberapa bahagian , Gaulkannya dan ramas dekat ikan yang hendak dibersihkan itu . Selepas itu , cuci ikan tersebut dengan sebiji limau nipis lagi dan perap lebih kurang dalam 2-3 minit . Kemudian , bilaslah ikan tadi dengan air yang bersih . Seterusnya, gaulkannya dengan serbuk kunyit dan sedikit garam . Kemudian bolehlah digoreng .

Begitulah cara - cara hilangkan bau hanyir ikan air tawar untuk kami kongsikan di dalam halaman ini , amalan petua ini sudah lama kami amalkan dan ianya berkesan/menjadi . Pada semua dipersilakan mencuba di samping petua - petua yang telah lama anda amalkan .