Assalamualaikum dan Salam Sejahtera | Resepi pilihan kami seterusnya Apam Solo ,ia juga dipanggil/disebut Apam Begawan Solo . Kami masih tertanya - tanya ? mana asal - usul ! asal dari negeri mana ! negara mana yang mulanya tercetus ideal resepi ini .
Kuih apam solo sesuai dinikmati tika sarapan pagi atau minum petang bersama seisi keluarga atau apa saja majlis keramaian atau terpulanglah kepada kehendak suasana/selera masing - masing . Kebanyakkan kuih apam solo yang kami rasai/nikmati , adunan resepi apam solo dibahagi kepada dua bahagian adunan dan diletak dengan warna yang berbeza .
Tetapi bagi kami hanya menggunakan satu adunan asal sahaja , cuma kami tambah/membuat corak bunga atau boleh mengikut kreativiti masing - masing , ianya untuk menaikkan/menambah seri Apam Solo itu .
Bahan - bahan untuk intinya ia boleh di pelbagaikan sebagai contohnya inti kacang merah , kacang hijau , ubi kentang atau mengikut citarasa masing - masing . Cara - cara serta bahan - bahan untuk membuat kuih apam solo yang ianya mengikut olehan/cara kami seperti yang tertera di bawah :
Bahan untuk inti .
1 - 2 cawan kelapa parut putih .
2 - 1/2 ketul gula melaka .
3 - 4 sudu besar gula pasir .
4 - 1 cawan air kelapa . ( Air biasa pin boleh juga )
5 - 2 helai daun pandan , disimpul .
Cara - cara menyediakan inti kuih apam solo .
Masukkan ke semua bahan di atas ke dalam kuali dan masak dengan api perlahan sehingga inti masak dan tidak terlalu kering atau terlalu basah . Kemudian sejukkan dan bolehlah digentel sebesar duit 10 sen .
Inti Kelapa yang sudah siap di masak .
Apam solo yang sudah siap dicorak dan sedia untuk di kukus .
Bahan - bahan Apam Solo .
1 - 300 gram tepung gandum ***
2 - 1 sudu kecil instant yis ***
3 - 90 gram gula pasir ***
4 - 125 ml susu cair ***
5 - 300 ml air ***
6 - Secubit garam ***
7 - Pewarna merah dan hijau untuk hiasan .
Cara - cara penyediaan seperti yang tertera di bawah :
1 - Campurkan kesemua bahan yang bertanda *** dalam besen .
2 - Gaul rata hingga semua bahan sebati , perap adunan selama 40 minit .
3 - Panaskan air dalam periuk kukusan .Sapukan acuan dengan minyak masak rata - rata .
4 - Selepas 40 minit ,masukkan 1/2 sudu adunan apam solo ke dalam acuan kemudian masukkan inti kelapa tadi .
5 - Kemudian tutup dengan 1/2 sudu adunan apam solo lagi .
6 - Buat sehingga siap kemudian buat corak dengan menggunakan pewarna tadi .
7 - Kukus apam solo dengan api sederhana selama 15 hingga 20 minit atau sehingga masak .
Selesai resepi Apam Solo yang ianya mengikut cara kami ,selera dan citarasa kami . Jika ada pelbagai pertanyaan atau soalan sudilah hubungi kami melalui halaman Contact Me atau boleh komen di halaman ini .Selamat mencuba .
0 Ulasan