Assalamualaikum dan Salam Silaturrahim | Kami memilih ikan siakap untuk resepi ini kerana ikan siakap mempunyai rasa yang sedap serta enak berbanding dengan ikan - ikan lain .

Ikan ini mempunyai kandungan protin dan omega 3 yang baik untuk kesihatan tubuh badan kita . Apa pun mari kita ikuti cara - cara memasak serta bahan - bahan seperti mana yag tertera di bawah .


Bahan - bahan seperti di bawah .

  • 1 - Separuh ikan siakap sederhana besar.
  • 2 - 1 biji bawang besar. ***
  • 3 - 4 ulas bawang putih.***
  • 4 - 1/2 inci halia. ***
  • 5 - 5 hingga 6 tangkai cili kering. ***
  • 6 - 1 packet kecil rempah kari ikan.
  • 7 - Minyak untuk menumis.
  • 8 - Garam dan Gula.
  • 9 - 1 sudu kecil sos tiram.

Bahan - bahan di atas satukan dalam satu bekas dan di olah mengikut citarasa sendiri .

Cara - cara memasak seperti berikut :

  • 1 - Bersihkan ikan siakap dan disapukan dengan sedikit garam.
  • 2 - Kemudian kukus ikan selama 15 hingga 20 minit bergantung pada saiz.
  • 3 - Sementara menunggu ikan masak , blender kesemua bahan yang bertanda *** .
  • 4 - Kemudian panaskan sedikit minyak ke dalam kuali dan masukkan bahan yang di blender tadi.
  • 5 - Tumis sehingga garing dan terbit minyak , barulah dimasukkan rempah kari dan sedikit air.
  • 6 - Tumis hingga kering dan masukkan gula dan garam.
  • 7 - Rasa sesedap rasa bolehlah ditutup apinya.
  • 8 - Bila ikan sudah masak , tuangkan bahan tumis tadi ke atas ikan .
  • 9 - Kukus ikan lagi selama lebih kurang 10 minit.
  • 10 - Akhir sekali angkat ikan dan sedia untuk dihidangkan.

    Begitulah cara - cara memasak serta bahan - bahan seperti yang selalu kami sediakan , semoga resepi Ikan Kukus Kari ini sesuai dengan citarasa dan juga selera anda semua di samping menu hidangan yang lain .Selamat mencuba .