Assalamulaikum dan Salam Mesra | Secara umumnya seperti mana kita semua tahu kuih apam dihasilkan atau dibuat dengan menggunakan tepung beras ,tepung gandum ,yis , gula atau sebagainya .

Kadang - kala kuih apam di olah bahan - bahannya mengikut citarasa atau resepi sendiri ,ianya bertujuan untuk menambahkan lagi kesedapan rasa ,kelembutan testur atau juga untuk menampakkan kelainan tampilan kuih tersebut .

Sebelum ini kami kongsikan resepi apam solo berinti kelapa ,untuk resepi pilihan kami yang seterusnya kami kongsikan resepi apam solo berinti kari kentang yang ianya mengikut citarasa serta cara kami .

Kuih apam solo sememang sangat sesuai untuk dijadikan salah satu menu resepi jualan harian atau mungkin juga mengikut citarasa masing - masing .

Apa pun jua tujuan atau citarasa dalam menyediakan/mengolah resepi kuih apam solo ini ianya terpulang kepada kehendak masing - masing ,Untuk itu kami kongsikan resepi apam solo berinti kentang kari sepertimana yang tertera di bawah .

Bahan - bahan untuk resepi apam solo.

  • 1 - 3 cawan tepung beras.
  • 2 - 1 cawan tepung gandum.
  • 3 - 1 cawan gula.
  • 4 - 1 cawan minyak masak.
  • 5 - Sepeket yis.(Mauripan)
  • 6 - Secubit garam.
  • 7 - 2 1/2 cawan air.

    Cara - cara menyediakan apam solo berinti kentang kari.

    • 1 - Campurkan kesemua bahan kecuali air ke dalam bekas.
    • 2 - Kemudian masukkan air sikit demi sedikit dan kacau kacau hingga sebati ,serta pastikan adunan tidak berbintil-bintil.
    • 3 - Perap adunan apam selama 30 minit.
    • 4 - Sediakan acuan apam ( ikut suka nak pakai acaun bulat ,empat segi atau sebagainya .Oleskan acuan dengan minyak.
    • 5 - Tuang sedikit adunan ke dalam acuan kemudian bubuh inti di atasnya dan tuang semula dengan adunan tadi ke atas intinya.
    • 6 - Buatlah corak mengikut kretiviti sendiri ,kemudian masukkan kedalam periuk kukusan dan kukus selama 10 - 15 minit.
    • 7 - Selepas 10 - 15 minit atau masak ,keluarkan dari periuk kukusan dan sedia untuk dihidangkan.

    Adunan dimasukkan sedikit ke dalam bekas acuan . 

    Kemudian inti kentang kari di masukkan ke dalam adunan tadi . 

    Tutup semula dengan adunan apam tadi . 

    Adunan yang telah siap dicorakkan

    Bahan - bahan untuk inti kentang kari.
    • 1 - 4 biji ubi kentang - di potong dadu.
    • 2 - 1 batang lobak merah.
    • 3 - Isi ayam - di hiris atau mengikut selera masing - masing.
    • 4 - 1 biji bawang besar.****
    • 5 - 3 - 4 ulas bawang putih.****
    • 6 - 1 peket rempah kari daging.
    • 7 - Garam dan gula secukup rasa.
    • 8 - Minyak untuk menumis.
    • Bahan yang bertanda **** hendaklah di kisar halus.

    Inti kentang kari yang sudah siap di masak dan sedia untuk di gunakan . 

    Cara - cara untuk menyediakan inti kentang kari.

    • 1 - Panaskan 3 sudu besar minyak di dalam kuali dan masukkan bahan yang di kisar tadi.
    • 2 - Masak hingga naik bau kemudian masukkan rempah kari.( Rempah kari di bancuh dengan sedikit air dan cili jika suka )
    • 3 - Kacau sebati serta masak hingga pecah minyak dan masukkan hirisan daging ayam ,kacau sebati .
    • 4 - Kemudian masukkan kentang dan lobak merah ,kacau sebati dan masukkan air .(Banjirkan kentang dan lobak merah dengan air supaya kentang masak dengan sempurna/empuk).
    • 5 - Didihkan dan masaklah hinga air kering dan bolehlah di masukkan garam serta gula secukup rasa .
    • 6 - Apabila air sudah betul - betul kering bolehlah dipadamkan api dan sejukkan inti kentang kari tersebut .

      Selesai cara - cara dan bahan - bahan untuk resepi apam solo berinti kentang kari yang ianya mengikut cara kami dan semestinya citarasa kami ,moga - moga resepi ini bersesuaian dengan selera serta citarasa kita semua .

      Jika anda mempunyai apa - apa soalan atau pertanyaan tentang resepi ini atau resepi - resepi yang lain ,sudi - sudilah hubungi kami melalui halaman About Me ATAU Contact Me .Selamat mencuba .