Assalamualaikum dan Salam Mesra | Bagi kami budu sememangnya makanan atau sos yang mempunyai keunikan yang tersendiri , menurut kajian dari Universiti North Carolina Amerika Syarikat suatu masa dulu budu memiliki glutathione sebagai bahan antioksidan , mengeluarkan sisa toxic dan meningkatkan daya tahan tubuh yang dapat memerangi pelbagai penyakit berbahaya dan menghalang kanser.

Budu turut mengandungi zat anti bakteria penyebab cirit (diarrhoea) , penurunan kolestrol darah , pencegah penyakit jantung dan hipertensi . Zat-zat gizi yang terkandung dalam budu menyebadkan lebih mudah dicerna , diserap dan dimanfaatkan oleh tubuh berbanding jenis protein yang diambil dari sumber lain.

Masakini , terdapat pelbagai jenis makanan atau menu yang diolah atau diadun dengan menggunakan budu , sebagai contohnya resepi sambal budu goreng . Resepi budu tumis juga sebagai penambah , pelengkap atau penyedap dalam resepi nasi kerabu . Jika kita menyediakan atau menikmati nasi kerabu tanpa budu tumis ini tidak bermakna nasi kerabu itu .

Apa pun cara-caranya ia bergantung mengikut citarasa masing-masing , bagi kami dalam penyediaan nasi kerabu "wajib" ada budu tumis.Resepi budu tumis yang kami kongsikan ini ianya mengikut cara kami citarasa kami , cara - cara penyediaan serta bahan - bahannya seperti yang tertera dibawah.


Tumis bawang merah ,bawang putih dan halia . 

Masukkan cili kisar . 

Masukkan santan .serai ,budu dan juga asam keping . 

Budu tumis yang sudah siap dimasak .


Bahan - bahan seperti berikut.

  • 1 - 1 cawan santan pekat.
  • 2 - 3 ulas bawang merah di mayang.
  • 3 - 2 ulas bawang putih di mayang.
  • 4 - 2 cm halia muda dimayang.
  • 5 - 2 batang serai diketuk.
  • 6 - 1 keping asam keping.
  • 7 - 3 - 4 sudu budu.
  • 8 - 2 sudu besar cili kering/kisar/cili boh.
  • 9 - 2 helai daun limau purut.
  • 10 - Minyak untuk menumis.
  • 11 - 1 biji buah limau nipis

    Cara - cara penyediaan seperti tertera di bawah.

    • 1 - Panaskan minyak , tumis semua bahan - bahan yang dimayang tadi hingga naik bau .
    • 2 - Masukkan cili kisar dan masak hingga pecah minyak .
    • 3 - Kemudian masukkan santan , serai ,asam keping dan budu .Jika pekat terlalu pekat sila tambah air sedikit .
    • 4 - Hendaklah sentiasa dikacau supaya kuah tidak berketul - ketul .
    • 5 - Rasa dahulu sebelum masukkan garam , ini kerana budu itu sudah masin .
    • 6 - Sewaktu ingin menikmati perahkan limau nipis atau mengikut citarasa masing - masing .

      Resepi budu tumis ,ianya mengikut resepi kami dan citarasa kami ,jika ingin merasa keenakan resepi ini kami menjemput anda mencuba ,tak mencuba mana tahu rasanya ! apa pun kami mengharapkan moga - moga resepi ini bersesuaian dengan citarasa kita semua . Selamat mencuba .