Resepi biskut tart nenas gulung


Assalamualaikum dan Salam Mesra | Pada pandangan kami biskut tart nenas gulung boleh dikatakan proses penyediaannya sangat cerewat serta sedikit merumitkan .

Ianya memerlukan tahap kesabaran dan ketelitian yang jitu untuk memperolehi hasil yang memberangsangkan .

Meskipun demikian berkat kesabaran serta keinginan yang tinggi kami mendapat hasil yang cukup memuaskan serta tampilan biskut tart nenas yang cantik dipandang .

Biskut tart nenas sememangnya atau juga sejenis biskut yang sangat digemari oleh sesiapa sahaja .Ianya juga sesuai untuk dijadikan biskut jualan pada musim - musim perayaan ,majlis keramaian atau sebagainya .

Bagi kami biskut tart nenas gulung tidak mengira musim ,ianya sentiasa ada dipasaran baik dibandar - bandar kecil atau kotaraya .

Ianya juga terdapat dalam pelbagai bentuk dan rupa serta intinya juga berlainan .Kami sesisi keluarga lebih menggemari tart yang berinti jem nenas ,mungkin sudah terbiasa dengan inti jem nenas .

Acuan tart yang kami gunakan adalah acuan yang panjang ianya seperti gambar dibawah .Biarpun terdapat pelbagai jenis acuan yang canggih dipasaran bagi memudahkan proses penyediaan biskut ini.

Bagi kami lebih selesa dengan cara/acuan ini ,apa pun cara - cara untuk proses penyediaan biskut ini ianya terpulanglah kepada keinginan masing - masing .

Berikut kami kongsikan resepi biskut tart nenas gulung yang ianya mengikut cara kami dan citarasa kami seperti mana yang tertera dibawah .


Bahan - bahan seperti di bawah .

1 - 2 cawan tepung gandum **
2 - 1/2 cawan tepung kastard **
3 - 1/2 cawan tepung jagong **
4 - 1 cawan gula kastor
5 - 200 gram butter cup
6 - Jem nenas
7 - Kuning telor - Untuk di sapu di atas biskut .
8 - Paper cup secukupnya
- Bahan yang bertanda ** diayak bersama .

Cara - cara penyediaan seperti berikut .

1 - Panaskan oven 180'c .
2 - Masukkan ke semua bahan yang telah di ayak serta gula dalam bekas dan gaulkan sehingga rata dan sebati.
3 - Kemudian masukkan butter dan uli hingga jadi doh yang lembut.- boleh tambah butter jika doh kurang lembut -
4 - Gunakan acuan nestar, masukkan sedikit adunan ke dalam acuan dan pamkan adunan.
5 - Kepal jem nenas sebesar biji kurma, letakkan di atas adunan dan gulungkan.Kemudian masukkan ke dalan acuan kertas.
6 - Sapu dengan kuning telur. Bakar selama 20 - 25 minit .
7 - Apabila sudah masak, sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.

Sedikit Petua - Untuk mendapatkan rupa tart yang cantik dan cun , bakar 1/2 masak tart kemudian keluarkan dan di sapu dengan kuning telor .Kemudian bakar lagi hingga masak .

Acuan tart nenas yang kami guna pakai . 

Jem nenas dikepal sebesar duit 10 sen . 

Adunan tart nenas dimasukkan ke dalam acuan ditekan dan ditarik perlahan - lahan supaya tidak putus . 

Setelah dimasukkan jem nenas ,adunan tadi digulung perlahan - lahan . 

Tart nenas yang sudah siap dan sedia untuk dibakar . 

Tart nenas yang sudah siap dibakar . 

Selesailah sudah resepi Biskut Tart Nenas Gulung ,Kami syorkan proses penyediaan tart nenas ini hendaklah dilakukan dengan cermat serta berhati - hati untuk menghasilkan biskut tart nenas yang gebu serta sedap dan juga supaya tampilan bentuk biskut ini cantik dipandang ,sedikit kesabaran perlu dijaga selalu .Selamat mencuba.

Catat Ulasan

0 Ulasan