Assalamualaikum dan Salam Mesra | Selain biskut tart nenas gulung ,tart berintikan jem strawberry juga tidak kurang hebat rasanya .Pada pendapat kami biskut tart boleh diolah dalam pelbagai bentuk ,corak dan rasa .

Biskut tart strawberry juga boleh dibentuk seperti buah strawberry atau mengikut kreativiti masing - masing .Bagi kami lebih menggemari tart yang digulung kerana ia memudahkan serta mempercepatkan penyediaan .

Biskut tart strawberry sentiasa mendapat permintaan yang tinggi ,lebih - lebih lagi di musim - musim perayaan atau sebagainya .Ianya juga sentiasa diidamkan oleh sesiapa sahaja ,mungkin kerana tekstur biskut tersebut yang gebu serta lembut .

Biskut tart sememangnya menjadi siulan siapa saja tidak kira di bandar atau di kampung namanya selalu diperkatakan .Kami seisi keluarga juga tidak terkecuali menyukai biskut tart strawberry dari dulu kini mungkin selamanya .

Untuk itu kami kongsikan resepi biskut tart berinti jem strawberry yang ianya mengikut cara kami dan citarasa kami sekeluarga ,cara - cara dan bahan - bahan seperti mana yang tertera di bawah .

Doh diterap/ditarik memanjang ke bawah. 

Masukkan jem strawberry ditengah doh ,kemudian digulung manja. 

Proses coloring untuk cantikkan tampilan biskut. 

Biskut tart strawberry yang sudah siap dibakar kemudian disejukkan untuk seketika. 


Bahan - bahan seperti di bawah .

1 - 2 cawan tepung gandum **
2 - 1/2 cawan tepung kastard **
3 - 1/2 cawan tepung jagong **
4 - 1 cawan gula kastor
5 - 200 gram butter cup
6 - Jem Strawberry
7 - Putih telor di campur pewarna merah jambu ( jadikan warna pink untuk di sapu atas biskut )
8 - Paper cup secukupnya
- Bahan yang bertanda ** diayak bersama .

Cara - cara penyediaan seperti berikut .

1 - Panaskan oven 180'c .
2 - Masukkan ke semua bahan yang telah di ayak serta gula dalam bekas dan gaulkan sehingga rata dan sebati.
3 - Kemudian masukkan butter dan uli hingga jadi doh yang lembut.(boleh tambah butter jika doh kurang lembut).
4 - Gunakan acuan nestar, masukkan sedikit adunan ke dalam acuan dan pamkan adunan.
5 - Kepal jem strawberry sebesar biji kurma, letakkan di atas adunan dan gulungkan.Kemudian masukkan ke dalan acuan kertas.
6 - Sapu dengan putih telur tadi di tengah - tengah biskut . Bakar selama 20-25 minit .
7 - Apabila sudah masak, sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara .

Sedikit Petua - Untuk mendapatkan rupa tart yang cantik dan cun , bakar 1/2 masak tart kemudian keluarkan dan di sapu dengan putih telur tadi . Kemudian bakar lagi hingga masak .

Selesai resepi Biskut Tart Strawberry ianya mengikut cara kami dan citarasa kami sekeluarga ,jika anda mempunyai apa - apa pertanyaan tentang biskut ini sudi - sudilah hubungi kami melalui halaman Contact Me atau About Me atau juga di komen terus disini .Selamat mencuba .