Kanak-kanak mungkin lebih tertarik pada makanan segera 'fast food' ,mereka yang dewasa apa kurangnya .Tetapi makanan segera 'fast food' sememangnya tidak bagus jika diamalkan/dimakan selalu.

Jika ingin lebih rasa selamat serta yakin ,apa kata kami syorkan resepi di bawah untuk di cuba sendiri di rumah .

Bahan - bahan sepertimana tertera di bawah :

  • 1 - Pilih 2 ketul ayam atau daging .****
  • 2 - 2 ketul kentang dan juga lebak merah .****
  • 3 - 2 biji telur .****
  • 4 - 1 labu bawang besar .****
  • 5 - sediakan 1 sudu kecil lada hitam .****
  • 6 - 1 sudu kecil lada putih .****
  • 7 - 1 sudu kecil garam .****
  • 8 - 1 sudu kecil kiub ayam .****
  • 9 - 1 sudu kecil serbuk soda .
  • 10 - 3 sudu kecil tepung gandum .
  • 11 - 2 sudu kecil tepung ubi .

Cara - cara penyediaan burger 'homemade' seperti di bawah :

1 - Blend/kisar ke semua bahan - bahan yang bertanda **** .

2 - Selepas blend/kisar semua bahan atas tadi, pindahkan ke dalam satu bekas dan gaul hingga sebati. Kemudian masukkan serbuk soda, tepung gandum dan juga tepung ubi .

3 - Bentukkan daging burger menjadi bulat atau mengikut citarasa sendiri kemudian alas/lapik daging tadi .

4 - Selepas siap proses di atas ,sila kukus daging tadi selama 20 minit hingga daging burger tersebut empuk/masak .

5 - Kemudian ,sejukkan atau simpan di dalam peti sejuk .

6 - Jika ingin memasak/menggoreng burger ,goreng macam biasa atau mengikut selera masing - masing .

Selesai ,cara mudah buat burger 'homemade' yang sihat untuk anak - anak .Selain sihat ianya mampu menjimatkan wang saku dan masa kita .Kami sudah mencuba ,kalian di luar sana bila lagi .Selamat mencuba .