Mungkin ada di kalangan kita lebih suka memasak mengikut resepi yang menggunakan sukatan cawan atau sudu berbanding resepi yang menggunakan sukatan metrik.Lebih-lebih lagi kalau di rumah tidak ada alat penimbang atau penyukat.

Sebenarnya kalau kita menggunakan cawan kemungkinan kuantiti bahan tersebut tidak tepat kerana cawan di rumah kita tidak sama dengan cawan orang lain.Jika kita bernasib baik masakan itu menjadi atau mungkin tidak .

Sebenarnya terdapat cawan yang dikhususkan untuk menyukat ,alatan tersebut boleh didapati di pasaraya atau di kedai-kedai kek .Berikut seperti di bawah kami kongsi sedikit tip dalam timbang dan sukat .

Untuk timbangan berat seperti di bawah :
  • 600 gm = 1 kati
  • 300 gm = 8 tahil
  • 150 gm = 4 tahil
  • 450 gm = 1 paun
  • 25 gm = 1 auns

Untuk ukuran panjang .
  • 2.5 cm = 1 inci
  • 5.0 cm = 2 inci
  • 25 cm = 10 inci

Untuk isipadu .
  • 1 sudu besar tepung = 30 gm = 1 auns
  • 1 sudu besar gula = 30 gm = 1 auns
  • 1 sudu besar mentega = 30 gm = 1 auns
  • 1 sudu besar = 15 ml
  • 1 sudu teh = 5 ml
  • 1 liter = 4 1/2 cawan
  • 250 ml = 1/2 pain

Untuk suhu ketuhar .
  • Amat panas = 230 - 240 darjah C
  • Panas = 200 - 220 darjah C = 400 -425 darjah F
  • Sederhana = 180 - 190 darjah C =350 - 375 darjah F
  • Perlahan = 150 - 170 darjah C = 300 - 325 darjah F
  • C = celcius
  • F = Fahrenheit

Untuk sukatan menggunakan cawan .
  • 1 cawan serbuk roti = 50 gm = 2 auns
  • 1 cawan kelapa parut = 90 gm = 3 auns
  • 1 cawan serbuk biskut = 125 gm = 4 auns
  • 1 cawan kacang tanah hancur = 125 gm= 4 auns
  • 1 cawan tepung gandum = 125 gm = 4.5 auns
  • 1 cawan tepung roti = 135 gm = 4.75 auns
  • 1 cawan gula = 200 gm = 7 auns
  • 1 cawan gula kastor = 175 gm = 6.25 auns
  • 1 cawan gula aising = 125 gm = 4.25 auns
  • 1 cawan gula perang = 120 gm =4.25 auns
  • 1 cawan beras = 185 gm = 6 auns

Untuk sukatan isipadu air berbanding berat .
  • 1 cmb = 15 ml = 15 gm
  • 1 cmt = 5 ml = 5 gm
  • 1 cwn = 250 ml = 250 gm
  • 1 liter = 1000 ml = 4 cwn
  • cwn = cawan
  • cmt = camca teh
  • cmb = camca besar
  • 1 cwn = 16 cmb
  • 1 cmb = 3 cmt

Panduan ringkas menyukat bahan .

1 - Apabila menyukat tepung, gemburkan atau ayakkan ia dahulu baru disukat atau ditimbang.Jika menyukat dengan cawan, jangan ditekan tepung itu kerana ia akan menjadi padat dan sukatannya telah berlebihan. Ratakan permukaannya dengan pisau.Ia tak sepatutnya disukat membumbung.

2 - Sudu/camca kecil atau sudu/camca teh, sukatannya hampir sama tetapi sudu makan dan sudu besar ianya berlainan.

3 - Cecair boleh disukat dengan gram atau dengan mililiter (ml). 100 gm air dengan 100 ml air adalah lebih kurang sama sukatannya.

Tips timbang dan sukat berdasarkan pengalaman serta pembacaan melalui buku - buku resepi serta pratikal juga sudah diamalkan .Semoga menjadi panduan berguna buat semua sebelum membuat biskut atau resepi - resepi kesukaan masing - masing dan sebagai panduan harian .